"Success is about replicating yourself to help people to become more successful than you"


Friday, March 18, 2011

Berita Gembira

Hampir 2 bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya aku dapat berita yg cukup menggembirakan bila wife buat UPT (pregnency test laa... hehe... ) resultnye adalah +ve. ckup gembira mase tu, syukur sangat2 rase dengan kurnian yang Maha Kuasa... walaupun pada mulanya result UPT mcm samar2.. xclear lagi.. myb peringkat awal lagi kot... seminggu lepas tu baru nampak jelas... yang kau xley ingt adalah wife aku semangat nk g scan walaupun peringkat awal....

Cari klinik

erm... puas pikir nk g klinik mane tuk scan bby... try laaa col KBMC. nk tau charge brape RM150... mak ai mahal jgk ek... padahal wife keje spital je. kalo wat kt spital free.... tp maklumlaa time tu ujung mgu.. semangat nk tahu kompem x pregnant... kebetulan time tu nk g banting umah abg ipar. perjalanan hampir 2 jam... tiba2 jumpe clinic mase brenti nk beli brg2 skit... ape lagi... trus tanya nurse kt citu brape tuk scan.. aku pun layan jelaa g scan.. walaupun berdebar jgk rase.... (murah je rm40)....

hampir 20min Dr. scan.. xnmpak ape2 pun.. alamak terkejuut + cuak jgk rase... agak2 mcm 3 4 mingu tp xnmpk lagi. maklumlaa... 1 baby smangat skit. pastu ilmu pasal pregnant pon xbrape byk... Doc ckp dtg 2 mingu laaa.... huhuhu... frust pon ade.. nmpk jgk mate wife mcm berair je... penuh dengan harapan la katakan... aku wat macho je walaupon rase mcm frust....

Ape lagi... mcm xpuas ati jek... aku siap salahkn mesin scan kt klinik tu kurang tepat je... dgn kata laen rosak kot.. heheh..... g Scan dekat HKL.... time tu laaa..... baru tau.. dah ade nmpk kantung... rupenye baru 4 minggu 2 hari.... Alhamdulillah... semoga Allah selamatkan semuanya.... Puji-pujian untuk NYA... skang tunggu 30hb 3 plak nk scan tuk kali ke-2. arap2 semuanya berjalan dengan baik dan selamat..

YA Allah kurniakanlah kami Zuriat yang soleh/solehah.. yg menjadi penenang hati dan mata kami... jadikanlah die orang beriman dan berakhlak mulia serta pejuang dalam menegakan agama Mu di DUnia ini... Amen...


Friday, March 11, 2011

Kembali Menulis.......

Cepat masa berlalu.... sekarang dah masuk bulan 3 2001.. termenung seketika mengenangkan pengisian masa yang berlalu dengan begitu pantas. timbul pelbagai persoalan dalam benak fikiranku... adakah masa yang berlalu ini memberi manfaat kepadaku, agamaku dan orang sekelilingku....

Kahwin

Bercerita pasal masa ni.. mula2 aku start tulis blog ni... aku masih bujang lagi time... 'solo' la katakan... tapi sekarang ni duniakan sudah berubah... aku dah mula masuk ke ke dalam proses kitaran kehidupan yang seterusnya yang di namakan alam 'berumah tangga'... Alhamdulillah pada 29-1-2011 (malam) aku telah di ijab kabul dan mendapat anugerah dpr Allah dengan tanggungjawab yang amat besar sebagai seorang suami. Suatu pangkat yang sungguh unik bagiku.. walaupun kdg2 kala terasa risau dan takut akan perhitungaan selpas ini..

Apa pun, keluarga yang terbina ini cukup signifikan dlm erti kehidupan kepadaku. aku rase mcm mula mengenali erti kehidupan yang sebelum ini mungkin kurang di fahami.. tp xpe, inilah sebhagian drpa proses kehidupan... Syukur Ya Allah yang tidak terhingga dengan Anugerah Mu ini, seorang wanita peneman hidup yg melengkapi segala kekurangan dan kelemahanku...

Satu aspek '+ve' yang aku rase dlm diri aku slps kawin, aku dam ula rase bertangunggjawab, lebih menghargai kehidupan... tetapi ape yang penting adalah... kehidupan yang fitrah yang sebenarnya... ia itu kehidupan yang berlandaskan syariat Allah empunya dunia. terasa diri lebih bergantung kpdnya... mengharap, meminta dan merayu kepadaNYa... semoga di bantu, di bimbing kejalan yang Nya... apa yang peting keluarga yang dibina ini bahagia bersama Nur dan hidayah MU ya Allah...

PHD

Berbalik kepada kerja hakiki harian aku di sini sekarang ini ialah berusaha (berjuang) untuk tambah ilmu dalam bidang PHD.. cerita pasal 'masa'.. hampir 6 bulan aku dalam pengajian phd. 3 4 bulan pertama aku 'blur' xde hala tuju.... mcm2 dugaan disebabkan kelemahan dan kekurangan diri yang banyak...

banyak perkara yang perlu aku 'study' fikir baca dan buat analisis.... semoga diberi kekuatan untuk menghadapi titian perjalan PHD ini.. walaupun ia bukan lah sesuatu yang aku angungkan.. tetapi ai adalah cita-cita yang mesti dilunaskan demi mendidik anak bangsa selepas PHD nnt....
Ameen...


> m.maaf kalo ayat tulisan aku berterabur jek.. actually da lama x menulis tu yg jadi mcm ni.. hehee....


Saturday, August 21, 2010

REUNION V2 SPM 2002 SMKKEROH

Setelah berbincang panjang lebar dengan x-student Smkkeroh 2002 di halaman Facebook (fb) baru2 ni.. sumua member2 bersetuju untuk mengadakan perjumpaan besar-besaran warga SPM 2002 setelah sekian lama terpisah membawa halatuju masing-masing. ada yang sambung belajar, kerja dan x kurang ada yang telah mendirikan rumah tangga (tahniah buat member yang ada pasangan dan zuriat).

Kami telah berbincangan dengan semua pihak termasuk tuan pengetua smk keroh iaitu Abdullah b. Mat. beliau telah bersetuju untuk bagi tempat kegunaan kita nanti. walaupun pada awalnya agak keberatan untuk membenarkan kita buat pada hari raya ke empat. kerana beliau nak kita buat pada tarikh yang sama dengan pelajar senior. Tetapi setelah telefon dan berbincang serta merayu kepada pengetua, beliau bersetuju untuk bagi tempat seperti masa yg kita cadangkan. apapun ucapan' terima kasih' bt pengetua. Aku rase geng kite xknl kot pengetua baru ni. hehehe!!....

P/S:> Beliau minta supaya kita boleh bagi sedikit sumbangan nanti untuk pihak sekolah dan jaga kebersihan di kawasan xtiviti kita nanti.

  • Tarikh : Raya ke empat (13/09/2010)
  • Hari : Isnin (9am-1pm)
  • Tempat : Kantin smk keroh k.krai

Dengan ini, semua warga xstudent smk keroh spm 2002 dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini...


Wednesday, August 18, 2010

Persiapan Sambung Belajar

Sekarang aku sedang membuat persiapan untuk menyambung pelajaran pada 20/09/2010 di UM. Macam2 borang yg kena isi telahpun selesai. cuma sekarang ni tgh tunggu respon untuk jadi penjamin cuti belajar. adoi.. sussah jgk sebenarnya untuk cari penjamin ni... maklum laaa.... nk jamin beratus ribu. tp akhirnyA dapat jgk Kak Tie and Abg Die yg tolong.... Thanks byk2 bt anda berdua. semoga di murahkan rezki.

Perasaan sebelum memulakan pengajian

Macam2 perasaan aku sekarang ni, gembira pon ada, kadang2 rasa jugak takut dan gementar samaada aku dapat lakukan atau tidak. perasaan ini kadang2 mebuat aku lemah seketika, layu dan termenung seorang diri.... adakah apa yang aku pilih (untuk sambung PHD) sesuatu keputusan yang terbaik... adakah aku bersedia untuk hadapi cabaran2 yang bakal menimpa lagi...

walauapapun yang menghatui dalam kotak pemikiran aku... perjuangkan mesti di teruskan untuk mencapai cita-cita ku. yang lagi penting adalah harapan 'rakyat' kerana segala kos perbelanjaan pengajian (elaun, gaji n yuran2) di tanggung sepenuhnya oleh UTHM dan KPT. bagiku ini adalah suatu amanah yg cukup besar untukku. yang mana memerlukan pengorbanan yang gigih dan cekal.

Di Kala perasaan takut dan gementar untuk memulakan pengajian ini. Aku terpanggil untuk mengingati bahawa semua ini adalah Milik mutlak yang Maha Kuasa. rasanya tidak perlu terlalu takot untuk menghadapinya apabila hati kita meletakkan sepunuh harapan dan pergantungan (pertolongan) Allah dlm menghadapi cabaran yg mendatang.

Semoga dibukakann pintu rezki dan bantuan Allah mengiringi setiap langkah perjalanan hidupku... Doakan kejayaan ku dan kejayaan kita bersama... Ameen....


Sunday, August 8, 2010

Salam Ramadhan

Syukur Alhamdulillah... beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan penuh barakah untuk kita semua. Somoga kehadirannya kali ini akan memberi taufik dan hidayah kepada ku untuk lebih dekat kepada NYA dalam memohon ampun ats segala Dosa-dosa yang di lakukan sengaja, tidak sengaja ataupun disebabkan kejahilan dan kelemahan diri.

Sempena ramadhan ini, aku bersyukur kerana ALLAH telah meberi satu peluang yg cukup besar untuk menerokai ilmunya dalam pengajian PHD nnt. walaupun secara fizikalnya pengajian ini lebih kepada 'engineering (islanding protection)'. tetapi itu bukan persoalannya.. dalam mencari halatuju untuk kajian dan penyelidikan,... aku berharap sangat2 dengan bantuan dan pertolongaNYA suapaya kajian ini dpt mendekatkan diri ku kepada pencipta.

Dalam kedaifan ini.. aku memohon agar bantuan daripadaNYA sentiasa bersamaku melalui supervisor, lecturer2 dan rakan2 di sana nanti...

Salam Ramadhan untuk semua...
mohon maaf atas segala kesilapan

Saturday, July 31, 2010

REUNION V2 SPM 2002 SMKKEROH

setelah berbincang dengan member x-student smkkeroh kuala krai. satu perjumpaan besar-besaran akan diadakan spt berikut:
Masa : pada hari raya (13/9/2010)
Tempat : Kantin SMK Keroh
Ini adalah salah satu program X-student spm 2002 versi ke2 selepas Reunion kali pertama pada tahun 2004/2005(kalau xsilap la... dah lupe lame sgt). somoga program sebegini dapat dilakuan at least setahun skali untuk mengumpul x-student sambil mengeratkan silaturrahim seerta dapat bertukar cerita dan pengalaman masing2..