Perasaan sebelum memulakan pengajian
Macam2 perasaan aku sekarang ni, gembira pon ada, kadang2 rasa jugak takut dan gementar samaada aku dapat lakukan atau tidak. perasaan ini kadang2 mebuat aku lemah seketika, layu dan termenung seorang diri.... adakah apa yang aku pilih (untuk sambung PHD) sesuatu keputusan yang terbaik... adakah aku bersedia untuk hadapi cabaran2 yang bakal menimpa lagi...
walauapapun yang menghatui dalam kotak pemikiran aku... perjuangkan mesti di teruskan untuk mencapai cita-cita ku. yang lagi penting adalah harapan 'rakyat' kerana segala kos perbelanjaan pengajian (elaun, gaji n yuran2) di tanggung sepenuhnya oleh UTHM dan KPT. bagiku ini adalah suatu amanah yg cukup besar untukku. yang mana memerlukan pengorbanan yang gigih dan cekal.
Di Kala perasaan takut dan gementar untuk memulakan pengajian ini. Aku terpanggil untuk mengingati bahawa semua ini adalah Milik mutlak yang Maha Kuasa. rasanya tidak perlu terlalu takot untuk menghadapinya apabila hati kita meletakkan sepunuh harapan dan pergantungan (pertolongan) Allah dlm menghadapi cabaran yg mendatang.
Semoga dibukakann pintu rezki dan bantuan Allah mengiringi setiap langkah perjalanan hidupku... Doakan kejayaan ku dan kejayaan kita bersama... Ameen....
No comments:
Post a Comment