"Success is about replicating yourself to help people to become more successful than you"


Saturday, August 21, 2010

REUNION V2 SPM 2002 SMKKEROH

Setelah berbincang panjang lebar dengan x-student Smkkeroh 2002 di halaman Facebook (fb) baru2 ni.. sumua member2 bersetuju untuk mengadakan perjumpaan besar-besaran warga SPM 2002 setelah sekian lama terpisah membawa halatuju masing-masing. ada yang sambung belajar, kerja dan x kurang ada yang telah mendirikan rumah tangga (tahniah buat member yang ada pasangan dan zuriat).

Kami telah berbincangan dengan semua pihak termasuk tuan pengetua smk keroh iaitu Abdullah b. Mat. beliau telah bersetuju untuk bagi tempat kegunaan kita nanti. walaupun pada awalnya agak keberatan untuk membenarkan kita buat pada hari raya ke empat. kerana beliau nak kita buat pada tarikh yang sama dengan pelajar senior. Tetapi setelah telefon dan berbincang serta merayu kepada pengetua, beliau bersetuju untuk bagi tempat seperti masa yg kita cadangkan. apapun ucapan' terima kasih' bt pengetua. Aku rase geng kite xknl kot pengetua baru ni. hehehe!!....

P/S:> Beliau minta supaya kita boleh bagi sedikit sumbangan nanti untuk pihak sekolah dan jaga kebersihan di kawasan xtiviti kita nanti.

  • Tarikh : Raya ke empat (13/09/2010)
  • Hari : Isnin (9am-1pm)
  • Tempat : Kantin smk keroh k.krai

Dengan ini, semua warga xstudent smk keroh spm 2002 dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini...


Wednesday, August 18, 2010

Persiapan Sambung Belajar

Sekarang aku sedang membuat persiapan untuk menyambung pelajaran pada 20/09/2010 di UM. Macam2 borang yg kena isi telahpun selesai. cuma sekarang ni tgh tunggu respon untuk jadi penjamin cuti belajar. adoi.. sussah jgk sebenarnya untuk cari penjamin ni... maklum laaa.... nk jamin beratus ribu. tp akhirnyA dapat jgk Kak Tie and Abg Die yg tolong.... Thanks byk2 bt anda berdua. semoga di murahkan rezki.

Perasaan sebelum memulakan pengajian

Macam2 perasaan aku sekarang ni, gembira pon ada, kadang2 rasa jugak takut dan gementar samaada aku dapat lakukan atau tidak. perasaan ini kadang2 mebuat aku lemah seketika, layu dan termenung seorang diri.... adakah apa yang aku pilih (untuk sambung PHD) sesuatu keputusan yang terbaik... adakah aku bersedia untuk hadapi cabaran2 yang bakal menimpa lagi...

walauapapun yang menghatui dalam kotak pemikiran aku... perjuangkan mesti di teruskan untuk mencapai cita-cita ku. yang lagi penting adalah harapan 'rakyat' kerana segala kos perbelanjaan pengajian (elaun, gaji n yuran2) di tanggung sepenuhnya oleh UTHM dan KPT. bagiku ini adalah suatu amanah yg cukup besar untukku. yang mana memerlukan pengorbanan yang gigih dan cekal.

Di Kala perasaan takut dan gementar untuk memulakan pengajian ini. Aku terpanggil untuk mengingati bahawa semua ini adalah Milik mutlak yang Maha Kuasa. rasanya tidak perlu terlalu takot untuk menghadapinya apabila hati kita meletakkan sepunuh harapan dan pergantungan (pertolongan) Allah dlm menghadapi cabaran yg mendatang.

Semoga dibukakann pintu rezki dan bantuan Allah mengiringi setiap langkah perjalanan hidupku... Doakan kejayaan ku dan kejayaan kita bersama... Ameen....


Sunday, August 8, 2010

Salam Ramadhan

Syukur Alhamdulillah... beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan penuh barakah untuk kita semua. Somoga kehadirannya kali ini akan memberi taufik dan hidayah kepada ku untuk lebih dekat kepada NYA dalam memohon ampun ats segala Dosa-dosa yang di lakukan sengaja, tidak sengaja ataupun disebabkan kejahilan dan kelemahan diri.

Sempena ramadhan ini, aku bersyukur kerana ALLAH telah meberi satu peluang yg cukup besar untuk menerokai ilmunya dalam pengajian PHD nnt. walaupun secara fizikalnya pengajian ini lebih kepada 'engineering (islanding protection)'. tetapi itu bukan persoalannya.. dalam mencari halatuju untuk kajian dan penyelidikan,... aku berharap sangat2 dengan bantuan dan pertolongaNYA suapaya kajian ini dpt mendekatkan diri ku kepada pencipta.

Dalam kedaifan ini.. aku memohon agar bantuan daripadaNYA sentiasa bersamaku melalui supervisor, lecturer2 dan rakan2 di sana nanti...

Salam Ramadhan untuk semua...
mohon maaf atas segala kesilapan

Saturday, July 31, 2010

REUNION V2 SPM 2002 SMKKEROH

setelah berbincang dengan member x-student smkkeroh kuala krai. satu perjumpaan besar-besaran akan diadakan spt berikut:
Masa : pada hari raya (13/9/2010)
Tempat : Kantin SMK Keroh
Ini adalah salah satu program X-student spm 2002 versi ke2 selepas Reunion kali pertama pada tahun 2004/2005(kalau xsilap la... dah lupe lame sgt). somoga program sebegini dapat dilakuan at least setahun skali untuk mengumpul x-student sambil mengeratkan silaturrahim seerta dapat bertukar cerita dan pengalaman masing2..




Friday, June 18, 2010

Rumusan drp kursus Research Methodology

Syukur kerana berjaya menamatkan kursus research methodology dari 14-18 jun. cuma tunggu 24 hb ni untuk presentation proposal. harap2 lepas n pass la nanti. so daripada kursus banyak la perkara yg berkaitan research yg diceritakan oleh pakar2 daripada UTHM (thanks tuk Prof yg share knowledge). ada beberapa kata2 semangat yg aku dapat drp kursus ni yg boleh memberi kekuatan untuk meneruskan pengajian ke PHD nanti..

every successful person has a painful story, every painful story has a successful ending'...
- so accept the pain and get ready for success

Mistakes are painful when they happen, but year's later collection of mistakes is called experience which leads to success.

if you miss an opportunity don't fill the eyes with tears, it will hide another better opportunity in front of you.

No one will manufacture a lock without a key.
similarly God won't give problems without solutions




Thursday, April 29, 2010

Renungan sketika...


Alhamdulillah.. aku dah siap marking Final exam.. semoga student2 berjaya mencapai impian mereka. sebagai pendidik dan insan yang serba kekurangan ini. aku selalu mendoakan yang terbaik untuk para pelajar supaya mereka memperolehi 'result' yang cemerlang dan menjadi insan yang berguna dalam membangun negara pada masa hadapan.

Tp 1st time mengajar ni rase cam best jugak coz dapat kongsi ilmu pengetahuan dengan 'student2'. aku rase lagi faham ape yg aku belajar dulu. patut la orang bagitau kalo kita bagi duit kat orang lain, duit kita makin kurang (licin laaa... hehe) tapi kalo share ilmu ni jadi bertambah-tambah plak Allah bagi tuk kita. somoga Allah memudahkan segala urusan untuk aku sambung belajar nanti. Amin...

Monday, April 26, 2010

Cuti di Bali 2009 (kenangan)

kenangan yang paling best sewaktu bercuti di Balai pada mei 2009 bersama member2 (smkkeroh spm '02). sebenarnya inilah kali pertama aku dapat naik 'flight_air bus AK XXX).. ni pun mujur la ada member yang keje kat air asia yang ley sponsor tiket free (tp aku bg jgk skit dt kopi) hehee.. kalau harapkan aku nkbali sdiri lambat lagi laa..

Banyak tempat2 best kt sana. sesuai la kalo untuk 'honeymoon'. hahaa.. Pasangan kat sebelah tue dh dapat anak pon.. rezki dari Bali ke abe nik kito ni..??... sweet memory laa.. kalo da rezki lg aku nk p skali lg ngn 'wife' la nanti.. hehe...

semoga tahun 2010 ni, geng2 otai aku dapat lg buat program 'hari keluarga' kat K.K ker... (cuti2 m'sia) best jgk tu. Insyallah bulan 7 kalo xda aral melintang..

Tuesday, April 20, 2010

Baca Paper/jurnal

Pening kepala aku nk kena bc paper and jurnal ni... dah la banyak xpaham ni... kalo ade sape2 yang tahu pasal 'islanding detection' n pernah buat benda ni ley tolong ajar skit.. hehee... ape pon aku kn semangat untuk meneruskan pengajian aku ni. sekali melangkagh pantang berundur (quote from Hang Tuah). Semoga Allah memberi pertolongan dalam setiap langkah perjalanan hidup ini. amin....

Monday, April 19, 2010

hari yang ceria

hari ni aku ade keje skit nk buat.. hehe try jawab soalan final be4 aku marking nnt.

Final Exam ( Electrical Machines and Drive)

Kepada Semua student yang ambil subject ni. Good Lark for your final exam. i wish u all the best!!!..