"Success is about replicating yourself to help people to become more successful than you"


Saturday, August 21, 2010

REUNION V2 SPM 2002 SMKKEROH

Setelah berbincang panjang lebar dengan x-student Smkkeroh 2002 di halaman Facebook (fb) baru2 ni.. sumua member2 bersetuju untuk mengadakan perjumpaan besar-besaran warga SPM 2002 setelah sekian lama terpisah membawa halatuju masing-masing. ada yang sambung belajar, kerja dan x kurang ada yang telah mendirikan rumah tangga (tahniah buat member yang ada pasangan dan zuriat).

Kami telah berbincangan dengan semua pihak termasuk tuan pengetua smk keroh iaitu Abdullah b. Mat. beliau telah bersetuju untuk bagi tempat kegunaan kita nanti. walaupun pada awalnya agak keberatan untuk membenarkan kita buat pada hari raya ke empat. kerana beliau nak kita buat pada tarikh yang sama dengan pelajar senior. Tetapi setelah telefon dan berbincang serta merayu kepada pengetua, beliau bersetuju untuk bagi tempat seperti masa yg kita cadangkan. apapun ucapan' terima kasih' bt pengetua. Aku rase geng kite xknl kot pengetua baru ni. hehehe!!....

P/S:> Beliau minta supaya kita boleh bagi sedikit sumbangan nanti untuk pihak sekolah dan jaga kebersihan di kawasan xtiviti kita nanti.

  • Tarikh : Raya ke empat (13/09/2010)
  • Hari : Isnin (9am-1pm)
  • Tempat : Kantin smk keroh k.krai

Dengan ini, semua warga xstudent smk keroh spm 2002 dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini...


Wednesday, August 18, 2010

Persiapan Sambung Belajar

Sekarang aku sedang membuat persiapan untuk menyambung pelajaran pada 20/09/2010 di UM. Macam2 borang yg kena isi telahpun selesai. cuma sekarang ni tgh tunggu respon untuk jadi penjamin cuti belajar. adoi.. sussah jgk sebenarnya untuk cari penjamin ni... maklum laaa.... nk jamin beratus ribu. tp akhirnyA dapat jgk Kak Tie and Abg Die yg tolong.... Thanks byk2 bt anda berdua. semoga di murahkan rezki.

Perasaan sebelum memulakan pengajian

Macam2 perasaan aku sekarang ni, gembira pon ada, kadang2 rasa jugak takut dan gementar samaada aku dapat lakukan atau tidak. perasaan ini kadang2 mebuat aku lemah seketika, layu dan termenung seorang diri.... adakah apa yang aku pilih (untuk sambung PHD) sesuatu keputusan yang terbaik... adakah aku bersedia untuk hadapi cabaran2 yang bakal menimpa lagi...

walauapapun yang menghatui dalam kotak pemikiran aku... perjuangkan mesti di teruskan untuk mencapai cita-cita ku. yang lagi penting adalah harapan 'rakyat' kerana segala kos perbelanjaan pengajian (elaun, gaji n yuran2) di tanggung sepenuhnya oleh UTHM dan KPT. bagiku ini adalah suatu amanah yg cukup besar untukku. yang mana memerlukan pengorbanan yang gigih dan cekal.

Di Kala perasaan takut dan gementar untuk memulakan pengajian ini. Aku terpanggil untuk mengingati bahawa semua ini adalah Milik mutlak yang Maha Kuasa. rasanya tidak perlu terlalu takot untuk menghadapinya apabila hati kita meletakkan sepunuh harapan dan pergantungan (pertolongan) Allah dlm menghadapi cabaran yg mendatang.

Semoga dibukakann pintu rezki dan bantuan Allah mengiringi setiap langkah perjalanan hidupku... Doakan kejayaan ku dan kejayaan kita bersama... Ameen....


Sunday, August 8, 2010

Salam Ramadhan

Syukur Alhamdulillah... beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan penuh barakah untuk kita semua. Somoga kehadirannya kali ini akan memberi taufik dan hidayah kepada ku untuk lebih dekat kepada NYA dalam memohon ampun ats segala Dosa-dosa yang di lakukan sengaja, tidak sengaja ataupun disebabkan kejahilan dan kelemahan diri.

Sempena ramadhan ini, aku bersyukur kerana ALLAH telah meberi satu peluang yg cukup besar untuk menerokai ilmunya dalam pengajian PHD nnt. walaupun secara fizikalnya pengajian ini lebih kepada 'engineering (islanding protection)'. tetapi itu bukan persoalannya.. dalam mencari halatuju untuk kajian dan penyelidikan,... aku berharap sangat2 dengan bantuan dan pertolongaNYA suapaya kajian ini dpt mendekatkan diri ku kepada pencipta.

Dalam kedaifan ini.. aku memohon agar bantuan daripadaNYA sentiasa bersamaku melalui supervisor, lecturer2 dan rakan2 di sana nanti...

Salam Ramadhan untuk semua...
mohon maaf atas segala kesilapan